Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.
Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
Pandangan umum akhlak dalam Islam
Islam didefinisikan sebagai agama yang diturunkan Allah SWT kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, untuk mengatur hubungan manusia denganKhaliq-nya, dirinya, dan dengan sesamanya.
syari'at Islam telah mengatur hukum-hukum akhlak berdasarkan perintah dan larangan Allah SWT, serta yang dicontohkan oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam yang mempunya kemulian Akhlak yang sempurna.
Akhlak sendiri adalah produk berbagai pemikiran, perasaan, dan hasil penerapan peraturan.
PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM
OBJEKTIF
1. Ahli usrah mengetahui bagaimana membentuk akhlak menurut Islam
2. Ahli usrah mengetahui peri-pentingnya berakhlak dengan akhlak Islam
KANDUNGAN
1. Pembentukan akhlak menurut Islam
2. Akhlak yang baik ialah kesempurnaan Islam
3. Kepentingan akhlak dalam peribadi Muslim
4. 10 sifat mahmudah
5. 10 sifat mazmumah
6. Muslim terhadap Tuhannya
7. Muslim terhadap dirinya
8. Muslim terhadap ibu bapa dan keluarganya
9. Muslim terhadap saudara dan sahabat-handai
PEMBENTUKAN AKHLAK
Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Akhlak yang dibentuk berasaskan kesedaran dan hidayah dari Allah yang mampu dimiliki oleh setiap manusia yang mahu digelar hambaNya.
Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah:
Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). Al-Quran telah menggariskan akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orang mukmin. Sennah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula telah memperincikan serta telah menterjemahkannya ke dalam reality kehidupan sebenar.
Akhlak adalah cermin bagi individu Muslim itu sendiri, malah daya tarikan Islam juga bergantung kepada akhlak yang mulia.
Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat yang mulia.
Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutamanya bisikan hawa nafsu.
Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang lain. Dalam masa yang sama menjauhi orang-orang yang melakukan maksiat dalam erti kata uzlah syuuriyah (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar.
Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta senantiasa membiasakan diri dengannya agar ia tetap kekal di dalam jiwa.
Kadang-kala seseorang itu tidak menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada dan menerima nasihat-nasihat yang bertujuan untuk membaiki dirinya.
Umar Ibn Al-Khattab pernah berkata: Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku.
AKHLAK YANG BAIK IALAH KESEMPURNAAN ISLAM
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak sebagaimana yang dinyatakan dalam hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Dengan akhlak Rasulullah memenuhi kewajipan dan menunaikan amanah, menyeru manusia kepada tauhid dan dengan akhlak jualah baginda menghadapi musuh di medan perang. Dengan akhlak baginda memimpin rakyat dalam perjuangan mencapai cita-cita serta membangunkan Negara yang berdaulat dan merdeka. Sesungguhnya akhlak yang mulia melengkapkan sendiiman untuk menuju kepada kesempurnaan keperibadian manusia sebagai mana keterangan hadeeth yang berbunyi:
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Paling sempurna keimanan orang-orang mukmin ialah yang lebih baik akhlaknya." (Hadeeth Riwayat At-Tirmizi dari Abu Hurairah).
Dalam konteks pengamalan syariat iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap Allah, dapat dilihat pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah, akhlak berperanan untuk melengkapinya.
Manakala dalam bab ibadat, kita akan dapati antara hikmah ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Islam terdapat pertautan yang erat antara akhlak dan ibadah meskipun ibadah itu berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju kepada satu sasaran yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam sabdanya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.
Sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain amalan yang diperintahkan di dalam Islam adalah merupakan anak tangga untuk mendaki kemuncak kesempurnaan dan sebagai strategi untuk melindungi diri dai kerosakan dan kerendahan moral. Dengan sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam agama.
Persiapan umat Islam untuk menjadi Ummatan Wasathon harus dilengkapi dengan tuntutan untuk dijadikan alat komunikasi dengan sesame manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlak mulia, yang diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan manusia. Kerana itu, sesungguhnya ilmu komunikasi yang paling hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak yang mulia.
KEPENTINGAN AKHLAK DALAM PERIBADI MUSLIM
Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam system hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai kemanusian pada dirinya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi perilaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi.
Firman Allah subhaanahu wa ta'ala:
"Dan sesugguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti binatang malah lebih sesat, mereka ialah orang-orang yang lalai." (Al-Araf:179).
Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.
SIFAT MAHMUDAH (TERPUJI)
- Sabar
- Syukur
- Khauf (takutkan kemurkaan Allah)
- Roja (mengharapkan keredhaan Allah)
- Benar
- Dermawan
- Jujur
- Pemaaf
- Cinta kasih
- Pemalu
- Tawadhu (merendahkan diri sesame muslim)
- Tawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah)
SIFAT MAZMUMAH (TERCELA)
Sadar dan taat akan perintah Tuhan
Senantiasa bertaubat dan mencari keredhaan Allah
Perlaksanaan ubudiyyah terhadap Allah
Memurnikan aqidah
Memiliki ilmu yang mantap
Memiliki bidang pengkhususan
Berbuat baik kepada kedua-duanya
Mentaati kedua-duanya selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam
Melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka
Mencintai kerana Allah atas dasar iman, dan ikatan aqidah
Tidak membelakangi mereka
Memenuhi keperluan yang diperlukan
Berpesan atas kebenaran dan kesabaran
- Tergesa-gesa
- Riya (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain)
- Dengki (hasad)
- Ego
- Takabbur (membesarkan diri)
- Ujub (kagum dengan diri sendiri)
- Bakhil
- Berdusta
- Buruk sangka
- Tamak
- Pemarah
- Dendam
- Jahil
- khianat
- Sumah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kemasyhuran )
- Cinta dunia
MUSLIM TERHADAP TUHANNYA
Menyedari dia senantiasa memerlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah Allah sekalipun bertentangan dengan kehendak nafsunya.
Segera bermohon kepada Allah apabila menyedari yang dirinya lalai atau berlaku cuai serta memastikan bahawa seluruh gerak kerja adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Firman Allah subhaanahu wa ta'ala:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." (Al-Araf:201)
Firman Allah subhaanahu wa ta'ala:
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Al-Zaariyat:56).
Beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan dalam segala gerak-geri manusia selagi niatnya hanyalah semata-mata kerana Allah. Sebesar-besar ibadah ialah menegakkan hukum Allah dan membangunkan pemerintahan Islam.
MUSLIM TERHADAP DIRINYA
Pembersihan keyaqinan, kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras dengan keterangan dan tuntutan Al-Quran dan Hadeeth serta memastikan aqidah bersih dari dicemari dengan segala bentuk kesyirikan, bidaah, khurafat, dan tahyul.
Perkara pertama yang patut diketahui dengan lebih mendalam ialah ilmu pengetahuan berkenaan kitab Allah dan diikuti dengan ilmu fardhu ain yang lain.
Menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada jurusan dan perhatian yang menjadi pengkhususan sama ada di bidang agama (fardhu ain) atau bukan. Kejayaan ilmiyyah yang tinggi menyebabkan seseorang itu dipandang tinggi seterusnya dakwah dan risalah yang dibawa juga akan dipandang mulia oleh manusia selagi individu itu merealisasikannya dengan ikhlas, bersungguh-sunnguh dan menjaga adab-adabnya.
MUSLIM TERHADAP IBU BAPA DAN KELUARGANYA
Islam mengangkat tinggi martabat ibu bapa sehinggakan Allah meletakkan keredhaan keduanya sesudah keredhaan Allah.
Firman Allah subhaanahu wa ta'ala:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa." (An-Nisaa:30)
Firman Allah subhaanahu wa ta'ala:
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (At-Tahrim:6)
MUSLIM TRHADAP SAUDARA-MARA DAN SAHABAT-HANDAINYA
Tidak mencintai seseorang kerana peribadinya semata-mata sebaliknya kerana kelebihan-kelebihan yang ada padanya yang membawa orang lain menuju keredhaan Allah.
Meraikan mereka sama ada di dalam keadaan senag ataupun susah.
Hendaklah memenuhi keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan mereka dari kepentingan diri sendiri.
Mengingatkan tentang suruhan agama yang perlu ditunaikan serta larangan-larangan yang mesti ditinggalkan.
____________________
BAHAN RUJUKAN
1. Keperibadian Muslim Mohd. Ali Hashimi
2. Badan Kendiri PJJ-ILHAM Kertas Seminar ILH 203 (Akhlak Islam-Nota C)
3. Pekerti Muslim (Siri 1) Muhammad Al-Ghazali
Tidak ada komentar:
Posting Komentar